Daging cincang Ramly
Extra virgin olive oil
Tomato dan bell pepper
Tomato puree, bawang besar, bawang putih, spaghetti
Pepper dan MasterFoods' Spaghetti Bolognese (untuk italian herbs)
Dan yang terlupa nak amik gambar, Cheesedale cheddar cheese slicesExtra virgin olive oil
Tomato dan bell pepper
Tomato puree, bawang besar, bawang putih, spaghetti
Pepper dan MasterFoods' Spaghetti Bolognese (untuk italian herbs)
Cara nak masak die sangatlah senang. Kalau kucing kat rumah bapak aku tu ada tangan, dia pun bole masak. Mula-mula, defrost daging cincang, kalau nak cepat defrost, rendam dalam air macam ni
Sementara tunggu dia defrost, potong bawang besar dan bawang putih. cara yang senang nak buang kulit bawang putih ialah penyekkan dia dengan pisau macam ni
Lepas tu, kupas pakai tangan je kulit dia, senang.
Lepas tu cincang la macam ni
Lepas tu, potong dadu tomato 2 biji
Dan potong capsicum/bell pepper tu petak besar-besar. Tapi sesetangah orang tak suka, jadi tak ada pun takpe
Check daging cincang tu dah fully defrost ke belum, kalau dah, keluarkan masuk dalam mangkuk
Dan hancur-hancurkan biar die
Tuang olive oil dalam 4 sudu besar (Aku kalau tuang main agak-agak je) dalam periuk dengan api sederhana kecik, tunggu panas dan tumis atau sautee dalam bahasa englandnye, bawang besar dulu,
Lepas bawang besar tu dah lembut, masukkan bawang putih
Bila bau bawang putih dia dah naik, masukkan capsicum tadi kalau nak pakai, untuk kasi dia lembut (tapi aku terlupa, so aku tak letak masa ni. Aku letak bila dah nak habis masak nanti). Lepas tu angkat. Letak periuk satu lagi atas api, masukkan olive oil dalam 6-8 sudu. Memang nak pakai banyak, sebab nak masak daging cincang tu. Lepas minyak panas, masukkan daging.
Api sederhana, kacau je daging tu, sampai die bertukar warna jadi coklat dan air dah keluar dari dagin tu. Kena make sure dagin tu semua masak. Lepas tu, masukkan bawang-bawang yang kita tumis tadi tu ke dalam
And then masukkan tomato
Masukkan setengah tin tomato puree tadi, dan kacau kejap dalam 3 minit, biar tomato tu lembut,
Kemudian masukkan air 3 cawan dan kecikkankan api jadi yang paling kecik
Masukkan pepper dalam satu sudu besar untuk bau dan rasa dia
Dan italian herbs satu sudu jugak. Bau dia sangat la sedap. Herbs ni la yang menjadikan makanan ni distinctly Italian, disebabkan bau dia tu
Masukkan gula satu sudu, dan garam satu sudu teh, dan biar dia masak pelan-pelan selama lebih kurang sejam. Supaya semua ingredients die dapat bercampur gaul dengan baiknye, especially daging cincang tu. Bau dia dah start best dah sekarang ni. (Dan pada masa ni la aku masukkan capsicum yang dilupakan tadi)
Lepas tu, masak sampai sos die ni cukup pekat (agak-agak la, macam spaghetti yang korang pernah makan sebelum ni) Rasa sikit. Adjust apa yang patut, pastu tutup api. Dah siap sos dia.
Kemudian, untuk spaghetti dia pulak, panaskan air dalam periuk, api sederhana, masukkan garam sikit dalam setengah sudu teh dan masak air tu sampai menggelegak, dan masukkan spaghetti yang belum masak tu. Tengok packaging spaghetti tu, ada yang kata 5 minit, ada yang 8 minit. Bila dah sampai masa dia tu, amik satu urat spaghetti tu, cuba gigit. Kalau still kenyal, boleh gigit, dan bila kunyah takde macam gigit kayu tu dah al dente la tu.
Definition: Al dente refers to the desired texture of cooked pasta in Italian cooking. It literally means "to the tooth". When the pasta is cooked al dente, there should be a slight resistance in the center when the pasta is chewed.
Tutup api, toskan spaghetti tu dan masukkan dalam satu mangkuk besar. Lepas tu tuang olive oil sikit kat spaghetti tu dan gaul. Ni untuk mengelakkan spaghetti tu melekat-lekat bila dah sejuk nanti. Lepas tu amik spaghetti tu sikit, tuang bolognese sauce tu atas die, dan letak la satu slice cheddar cheese atas die.
Tengok cheese tu cair, best..
Lepas tu makan la sampai kenyang. Kos die ade la dalam RM12, boleh kasi dalam 6 orang makan. Murah jugak la. Tapi kalau nak beli, barang yang mahal ialah olive oil dalam RM10 kot, dan MasterFoods' Spaghetti Bolognese dalam RM12. Tapi boleh pakai banyak-banyak kali, so takpe la kot.
Itu lah cerita aku membuat spaghetti di pagi hari. Aku ngantuk, nak tido.. Aku nak buat nescafe
11 comments:
alamak ilmiah betul la entry ini.cara memasak spageti?
kat kitorang takde ke he he he
ak de rasa pagi tadi..sedap2..cheese tu membuatkan ak giler jab..tu yg lambat wat keja..uhuhuhu...
lica nak ke? Ada setengah tupperware lg ni, buat alas perut sebelum lunch. Hahaaa..
bes zaid masak..
tcabar kewanitaan aku sbb aku pon xpndai masak cmtu.huhuhuhu
ke ko beli pastuh masukkan dalam tupperware bro? ehehehe jk.
eh sedapla spaghetti tu..nyum nyum betul.segan aku sebab tak pandai memasak macam zaid.di pagi hari lak tu!!!!
erme
aku pun tak reti masak sebenanye, tapi eksperimen-eksperimen, bole ditelan la jugak hasilnye. ko pun eksperimen la kat rumah. sebagai sumber inspirasi, tengok la asian food channel ke, tengok recipe kt internet ke, serious seronok. lg best kalau ko kasi orang lain mkn pastu orang tu suke. huhuhuuu.. rs seronok gile
min
cisss... takde beb. aku tak sebegitu keji. lain la kalau ayam masak kicap mariah's corner, memang aku tapau dari lien hoe je la, hahaaa..
lisa
thank u.. bestnye ada orang kate sedap, tak payah nak segan lisa, makan je, hohohooo...
nnt buat rombongan jgn lupe bawak bekal spaghetti bolognese ehehe.
Wahh... leh tuka career ni zaid... mase ko bwk bekal tuh.. aku dh kenyang.... x larat nak rase spagetti air tgn ko neh... nani ngn erme je sempat rase... x pe... akan ku try buat sendri nnt... :D
pergh siap amik gmbar bagai ms masak..
tp aku yg pandai masak ni pun puji mskn kau..(nk puji diri aku gak)
pergh...terbaikkk la...!
Post a Comment